YAYASAN ISLAM KELANTAN · MAAHAD PILIHAN

Maahad Saniah.

Maahad Saniah Maahad Terbilang 2028

Sekolah Menengah Agama Negeri di tengah bandar Pasir Puteh, Kelantan.

Sejak 1940Warisan pendidikan agama

Terokai sekolah

Akses Pantas

Semakan Kehadiran Pelajar

Buka sistem untuk menyemak kehadiran pelajar.

Semak Kehadiran

Tempahan Bilik

Semak jadual Bilik LADAP, APD 2 dan Muhajirin.

Tempah Bilik

Permohonan Tingkatan 1

Maklumat dan pengumuman berkaitan kemasukan pelajar baharu.

Berita & Aktiviti

Ikuti aktiviti, program dan pencapaian warga Maahad Saniah.

Hubungi Sekolah

Dapatkan maklumat lanjut terus daripada pihak sekolah.

WhatsApp Sekolah

Profil Sekolah

Maahad Saniah ialah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di pusat bandar Pasir Puteh, Kelantan, dalam kategori Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

Kod sekolahDXT 4015 (YIK) / DXY 0053 (KPM)
Tahun penubuhan1940
LokasiPasir Puteh, 16800 Kelantan
Peringkat sekolahMenengah rendah dan menengah atas
MuridLelaki dan perempuan
Sesi pengajianPagi sahaja
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
AsramaPerempuan

Rujukan: Buku Pengurusan Maahad Saniah 2026, halaman 8.

Visi & Misi

Visi

Maahad Saniah Maahad Terbilang 2028

Misi

Maahad Saniah akan menggembleng semua tenaga dengan penuh dedikasi dan proaktif bagi merealisasikan Maahad Saniah sebagai maahad cemerlang dan terbilang di kalangan sekolah-sekolah YIK menjelang tahun 2028.

Rujukan: Buku Pengurusan Maahad Saniah 2026, halaman 9.

Sejarah Maahad Saniah

Bermula sebagai sekolah agama perempuan, Maahad Saniah berkembang menjadi sebuah Maahad Pilihan di bawah Yayasan Islam Kelantan.

  1. 1940

    Permulaan pendidikan agama

    Ditubuhkan dengan nama Sekolah Agama Puteri Madrasah Saniah Lil Banat. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Dato’ Seri Amar Haji Nik Mustafa Fadhil, Ketua Jajahan Pasir Puteh ketika itu.

  2. 1948

    Berpindah ke tapak sekarang

    Madrasah berpindah ke tapak sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Muallimah.

  3. 1961

    Perasmian bangunan baharu

    Bangunan baharu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada 15 Mei 1961.

  4. 1971

    Sekolah campuran

    Menerima pelajar lelaki dan perempuan serta menggunakan nama Sekolah Menengah Agama Arab Saniah.

  5. 1979

    Sekolah agama negeri

    Pada 1 Julai 1979, sekolah bertukar daripada sekolah agama rakyat kepada sekolah agama negeri di bawah Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA).

  6. 2006

    Maahad Pilihan

    Yayasan Islam Kelantan menaik taraf sekolah sebagai Maahad Pilihan dan namanya ditukar kepada Maahad Saniah.

Rujukan: Buku Pengurusan Maahad Saniah 2026, halaman 6–7.

Pentadbiran Sekolah

Pengetua

Hajah Norazlina binti Yaacob

Penolong Kanan Pentadbiran

Tuan Adli bin Tuan Mat

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Laila binti Hassan

Penolong Kanan Kokurikulum

Suhaidi bin Che Mat

Berdasarkan Buku Pengurusan Maahad Saniah 2026, halaman 4 dan 10.

Pengumuman

Maklumat permohonan dan pendaftaran

Maklumat terkini akan dipaparkan di sini. Sila semak dari semasa ke semasa.

Selamat datang ke laman rasmi baharu

Laman ini sedang dikemas kini bagi memudahkan akses maklumat sekolah.

Pautan Penting